Wednesday 13 July 2016

Kalau merancang untuk ke Kelantan bersama keluarga, menginaplah di Homestay Suria yang terletak di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Rumah tamu atau homestay ini merupakan sebuah banglo baru dengan rekabentuk modern yang boleh tahan besarnya.  Ruang parking kereta juga luas di dalam kawasan rumah dan juga perkarangan rumah. Mempunyai 4 bilik dengan semuanya berhawa dingin, serta  3 bilik air. Kelengkapannya semua disediakan termasuklah hot shower, peti sejuk, mesin basuh, TV, sofa kayu dan juga seterika.

Keistimewaan homestay ini, ia berdekatan dengan bandar Kota Bharu serta persekitaran yang tidak terlalu sibuk dari kesesakan. Untuk akses ke tempat-tempat lain juga mudah seperti Taman Kelip-Kelip, Pondok Tok Kenali, Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Lapangan Terbang dan Pulau Melaka.

Jika menginap di sini, lebih senang untuk dapatkan pelbagai jenis masakan dan juadah asli Kelantan seperti nasi kerabu, nasi berlauk dan pelbagai jenis kuih muih tradisional. Terdapat banyak kedai makan di sekitarnya. Kalau lapar pada waktu makan, anda bolehlah makan Roti Canai Gear Box. Dekat sahaja dengan homestay ini.
Kadar harga adalah RM250 satu malam. Sekiranya menginap melebihi satu malam terutamanya di luar musim cuti, harga malam seterusnya boleh dirunding. Untuk tempahan, hubungi En Zuki di talian 019-3586853 / 019-3528390 . Jangan lupa cuba nego harga, mungkin boleh dikurangkan lagi. Beliau peramah dan mudah untuk berurusan. 
Menurut En Zuki, beliau menerima maklum balas yang amat baik dari penyewa yang lepas. Mereka yang pernah menginap di sini semua berpuas hati terutamanya harga yang ditawarkan berserta kemudahan yang disediakan dan bercadang bermalam di sini lagi apabila bercuti di Kelantan.
Keistimewaan Suria Homestay:
  1. Hanya 4KM dari pusat bandar Kota Bharu dan 6KM dari Wakaf Che Yeh
  2. Kawasan kejiranan yang aman dan selamat
  3. Berdekatan pelbagai restoran dan tempat makan
  4. Berdekatan dengan destinasi pelancongan Taman Kelip-Kelip Kampung Pulau, Masjid Kubang Kerian dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Istana Negeri Kelantan
  5. 20 minit pemanduan untuk ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa
Alamat
Suria Homestay,
Lot 901, Taman Makmur
Jalan Pasir Puteh, Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan 16150
Malaysia
Tempahan: